Bahan2 PUDING ROTI BERSOS KASTARD & COKLAT:-
- 1. 8 keping roti gardenia
- 2. 2 biji telur (guna gred A)
- 3. 2 sudu besar gula
- 4. 1 sudu teh esen vanila
- 5. 50gm butter
- 6. 1 kotak kecil kismis
- 7. 1 tin susu cair
Cara2:-
- - masukkan telur, gula, esen vanila ke dlm bekas, mixer hingga sekata (guna blender pun boleh)
- - kemudian masukkan susu cair & kacau rata
- - ambil roti sapukan butter dpn & blkg, susun dalam loyang (nak carik roti pun boleh)
- - tuang adunan tadi ke atas roti dlm loyang & tabur kismis
- - kukus selama 20-30 minit (kukus 20 minit kemudian masukkan ke dalam oven 10 minit suhu 180 nak bagi garing sikit)
Sos kastard
- 1. 4 sudu besar tepung kastard
- 2. 4 sudu besar susu pekat (boleh kurangkn kalau tak nak manis)
- 3. 1 tin susu cair
- 4. 1 sudu kecil vanila
- - masuk semua bahan dalam periuk, masak atas api perlahan. Kacau sentiasa supaya tak berketul & masak sehingga sos jadi pekat
Coklat cair
- 1. 2 sudu besar serbuk coklat
- 2. 2 sudu besar susu pekat
- 3. 1/2 cawan susu cair
- Cara masak sama mcm sos kastard
Selamat mencuba uollss!
0 comments:
Post a Comment