Sunday, 18 October 2015

Filled Under:

Resepi Puding Marble Coklat Susu Meletop!! By Zaujatul Fahmier



Assalammualaikum dan salam sejahtra semua, korang kalau ada masa lapang, korang boleh cuba belajar buat resepi ini, pasti puas hati.kalau ada yang tak faham tu korang tanya je diruangan komen blog ini dan sesiapa yang boleh jawab tolong balas kan ye, admin jarang-jarang buka blog nie. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Bahan-bahan (8-10 orang)

2 gelas air
1 paket agar-agar serbuk (10gm)
2 Gelas susu segar/ susu tin cair
3 biji kuning telur
3 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar serbuk koko(guna choc emulco)
1 sudu besar tepung kastard
1 gelas gula (guna 2/3 gelas)



Cara-cara membuat :

Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar-agar bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.

Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yang telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.

Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.

Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

Note:

Resepi asal menggunakan sukatan gelas.
1 gelas=240ml.Guna gelas yg sama untuk semua sukatan


Jangan lupa KOMEN 'Saya Share"
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)




1 comments: