Tuesday 27 October 2015

Filled Under:

Resepi Kek Marble Cheese Meleleh.


Resepi Kek Marble Cheese Meleleh.

Bahan-bahan ( saiz kek 23cm )

  • [-]250 gram butter
  • [-]1 cawan serbuk koko
  • [-]3 biji telur
  • [-]1 setengah cawan gula kastor
  • [-]1 setengah cawan susu cair
  • [-]1 setengah cawan tepung gandum
  • [-]1 sudu kecil baking powder
  • [-]1 sudu kecil bicarbonate soda
  • [-]1 sudu kecil esen vanilla


Lapisan cheese:

  • [-]250 gram cream cheese
  • [-]1 cawan gula kastor
  • [-]1 biji telur


Cara-cara membuat:

  • [1.] Cairkan butter, masukkan serbuk koko setelah butter cair dan kacau.
  • [2.] Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula.
  • [3.] Masukkan adunan butter tadi perlahan-lahan dan kacau.
  • [4.] Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda dan esen vanilla satu persatu dan kacau.
  • [5.] Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan dalam loyang. 
  • Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan dan masukkan dalam piping bag. 
  • Bakar adunan dalam loyang selama 20 - 30 minit.


Untuk lapisan cheese:

  • [1.] Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan kemudian telur.
  • [2.] Keluarkan brownies yang siap dibakar tadi.
  • [3.] Masukkan adunan cheese di atasnya.
  • [4.] Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi. 
  • Mula2 buat belang2 pastu amik lidi n tarik dgn lidi belang2 tadi. nak buat bulat2 pun bole, tarik dari tengah ke tepi atau selang seli dari tepi ke tengah
  • [5.] Bakar semula selama 15 - 20 minit.
  • [6.] Hias kek mengikut citarasa. ..selamat mencuba

.
.
.
Share Supaya Tak Hilang
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed




8 comments:

  1. Saya ada skeping and still in good condition.. berminat boleh whatsapp saya 016-8444886 😃

    ReplyDelete
  2. Saya ada skeping and still in good condition.. berminat boleh whatsapp saya 016-8444886 😃

    ReplyDelete
  3. Sy ada Masih baru & tak pernah pakai kerana khas untuk duit Raya. 0138095321

    ReplyDelete
  4. saya ade sekeping rm1 dgn rm2 lama. pm 0129214641

    ReplyDelete
  5. Sy ada dua nk jual...0133309727
    Nanti cll

    ReplyDelete